jump to navigation

The return of “superman” Sunday, 15 October 2006

Posted by gohkietrhee in Bullshit, Review.
add a comment

Got this from email…

The best movie coming soon to Malaysia……

SINOPSIS FILEM:

Seorang ’superhero’ yang telah pencen, Superdet telah meletak jawatan sebagai Presiden negara Malaypulis dan bercadang ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah kebajikan orang tua. Namun apabila melihat musuh lamanya, yang juga penggantinya iaitu Lah Luthor telah melakukan berbagai kemusnahan serta kerosakan kepada projek kesayangannya, Superdet ingin kembali berkuasa semula.

Malangnya apabila menyuarakan hasratnya itu kepada bekas menteri kabinet beliau, mereka semua menolak mentah-mentah termasuklah menteri yang pernah dicintainya dulu, Pidah Lane. Superdet mengunakan berbagai strategi untuk memenangi hati rakyat negara Malaypulis. Lah Luthor pula pergi bercuti kesebuah pulau dan menyerahkan segala permasalahan yang ditimbulkan oleh Superdet untuk dijawab oleh timbalannya.

Berjayakah Superdet berkuasa semula? Jangan lupa untuk menyaksikan filem terhebat abad ini, Superdet Return!!!

Controversy Yasmin Ahmad Tuesday, 16 August 2005

Posted by gohkietrhee in Review.
1 comment so far
Saya mengaku walaupun Yasmin Ahmad membuat kenyataannya yang kurang senang, tetapi saya masih lagi menyokong penuh tindakan Yasmin untuk tidak mempertandingkan filemnya dan segala kritikannya terhadap semua pihak yang terbabit. Bukan sebab dia diugut atau apa. Tetapi berlandaskan kepada sikap Kementerian yg berkenaan yg tidak mempertahankan kemenangan filem Sepet dalam FFM 18 yg lalu dan juga tidak mempertahankan Sepet daripada terus dikritik oleh Sang Raja yg tidak dihormati. Saya cuma terkilan kenapa tiada seorang pun yang tampil untuk mempertahankan Yasmin ketika beliau diserang oleh Raja Azmi? Kenapa Kementerian itu tidak menyokong penuh kemenangan Sepet? Kenapa Menteri dan pengeluar filem lain pertikaikan tindakan Yasmin untuk tidak mempertandingkan FFM sedangkan ianya tidak mendapat sokong penuh Kementerian dan mereka-mereka itu yang rata-rata yang rasa PGL lah yang patut menang FFM 18? Semua ini bullshit. 

Yasmin Ahmad hanyalah membuat kenyataan balas setelah orang lain membuat kenyataan terhadap beliau dahulu. Walaupun dakwaan sesetengah pihak seperti Mansur Puteh yang menyatakan:

Sepet tidak hebat, Puteri Gunung Ledang (PGL) juga tidak hebat. Saya pertikai juri sebab saya tidak fikir Sepet boleh menang. Secara logik, PGL layak menang Filem Terbaik. Kita tengok saja, filem mana yang ada elemen sinematik, PGL atau Sepet? Sepet macam sebuah telemovie, PGL lebih kelihatan sebuah filem.” 

Dan juga

Syed Mohd Hassan – “Kita lupa pada budaya bangsa sendiri yang tergadai. Sepet bukan sebagai bahan hiburan semata-mata, ia filem biasa yang diterjemah dalam komposisi shot yang mengangkat unsur perkauman tetapi realitinya tidak begitu. Jangan kita ambil unsur remeh dalam kehidupan dijadikan inti cerita, ia merosakkan budaya secara halus.”

Tetapi bagi saya, Sepet tetap sebuah filem yang hebat daripada PGL. Benarkan saya untuk membuat kenyataan ini daripada perspektif saya. Saya seorang warga Malaysia berketurunan Cina yang biasa (i.e. bukan anak datuk, tan sri dan sbgnya), bersekolah melayu di salah sebuah sekolah di utara. Tidak tahu apa-apa mengenai filem, Cuma tahu menonton sahaja. Filem yang Yasmin cukup membuatkan saya berasa saya ini adalah bangsa Malaysia yang sebenarnya. Realiti sebenar keadaan di Malaysia ditonjolkan (walaupun tidak sepenuhnya) oleh Yasmin. Kita harus sedar, Puteri Gunung Ledang hanyalah sebuah lagenda manakala Sepet adalah realiti (Saya juga tonton PGL tapi tak dapat apa-apa pengajaran dan kesedaran pun). Adakah kita mahukan Malaysia dipotretkan sebagai sesuatu yang hanya berlandaskan lagenda? Kenapa tak remake semula kisah Hang Tuah? Adakah Hang Tuah tu cina dan pasal tu la korang taknak buat?

Filem Sepet adalah filem baik berbanding mana-mana filem lain di Malaysia. Saya tidak mungkin lagi menonton lain-lain filem Melayu lagi selain arahan Yasmin. Sepet menang award di peringkat antarabangsa kerana mesejnya lebih mendalam dan mencerminkan perasaan seseorang pengarah. Memang benar kata pepatah yang menyatakan “Kita ni hanyalah jaguh kampung”. Dengan mempertikaikan kemenangan Sepet di Malaysia bermaksud juri yang memenangkan Sepet dalam filem festival antarabangsa adalah orang yang paling bodoh dalam dunia perfileman. Macam mana filem Malaysia nak bertanding di peringkat antarabangsa? Patutlah selalu kalah, jaguh kampung katakan!

Gol And Gincu Review Monday, 15 August 2005

Posted by gohkietrhee in Review.
add a comment

I just watched Gol and Gincu last Friday at Mid Valley around 2.20pm. I know I ponteng kerja but shhhhh!!. Kantoi, Hehehe. And the movie is not bad, you know for a Malaysian movie. Jeffooi’s partial review intrigues me after reading his recommendation on his blog.  

Things that I learn from that movie:
1) Don’t underestimate the power of a girly girl. A shy girl causes more emotional damage than a brutal girl does.
2) Never ever date a cute guy cause they will dump you at the end. Like Ashraf said: “Lepas 10 tahun nanti, I dah boring dengan you, u nak I kahwin satu lagi macam bapak I”.
3) I had enough of coke, adidas and hotlink.
4) Rafidah can write cool screenplay.
5) Maureen’s boobs are so damn hugeeeeee…
6) Finally, Jeffooi makes me ponteng kerja. Damn.

That’s all folks, I’m waiting for Gubra to make its appearance in our local cinema. Can Ungu Violet compete with our local films? I don’t know maybe can kot. But I’m sure that I’ll buy Raja Azmi’s anak-anak sidek bullshit and trash it on my blog. So wait ya… I’m gonna make another review soon.