Conversation between Komander and Sarjan Thursday, 25 October 2007
Posted by gohkietrhee in Work.add a comment
sarjan : Scud missile utk lintuhun & kebu bila mau bawa turun kk? besok?
komander : Peluru ko cukup ka? kalau tidak cukup nanti lepas perang pun masih sempat.
sarjan : Ok ba. baik juga settle awal supaya tidak lupa dan sentiasa update.
komander : Ok juga. Nanti ko hantar pakai heli datang markas.
sarjan : Esok pagi saya pergi lintuhun dulu, sebelah petang baru la heli dapat masuk markas.
komander : Bola satu ke bola dua. heli tak dapat terbang. komander kena panggil Panglima untuk meeting jam 1400. Minggu depan baru naik kapal selam.
sarjan : berita faham. Sarjan lapor diri minggu depan. Roger and Out.
Tiba-tiba
sarjan : Tuan komander, jangan lupa salam kepada Datuk Panglima bahawa sarjan siap sedia serang hendap Kg. Kilo Lanas. Peluru sudah kena susun atur… tinggal lancar.
komander : Ok. Arahan perang mungkin keluar bila-bila masa. nanti saya check. Panglima mungkin minta surat kelulusan drpd Yang Dipertuan Agong.
sarjan : Daulat Tuanku. Perintah DYMM kami junjung. Roger and Out
Office today Wednesday, 24 October 2007
Posted by gohkietrhee in Work.add a comment
Ada meeting di Pejabat Daerah Tambunan. 1/2 jam di sana. Lepak sama D.O Tambunan dan D.E JKR Tambunan minum di kantin Pejabat Daerah. Ni hari minum lebih kurang 5 kali.
- Bfast 9.00am = Kris Vin
- Minum 11.30am = Ikmal Restaurant (Jumpa PPD Tambunan)
- Minum 12.30pm = Kantin pejabat daerah
- Makan 4.30pm = Juta hotel
- Makan malam 7.15pm = Permata Kelab.
Gila betul… pagi petang siang malam makan minum. Patut la gemuk. Boroi gila babi.
Ada JKKK Kg. Saupi Nabawan call. Dia cakap crusher run ACB tak bagus. Campur tanah la ini la itu la. Rupa-rupanya dia mau “pau” kontraktor. Sial punya JKKK. Ni la akibat kalau di Sabah. Berapa JKKK minta tak pasti pula. Nanti saya check. Betul-betul p*kim*k betul ni JKKK. Huhahuha. End of story mesti pasal duit.
Coring Jalan Thursday, 7 December 2006
Posted by gohkietrhee in Work.add a comment

This is part of my work.
Yesterday I was in Tawau, auditing premix road. We use coring test to check road thickness. Flew Kk-Twu-Kk via MAS in a day. The cost per point is around RM 90.00 – 100.00 depends on the location.
Some where between Kiulu and Kundasang Thursday, 28 September 2006
Posted by gohkietrhee in Work.add a comment
Now and then, my work sometimes require me to work outstation at least once in a month.
Sekolah-sekolah seperti SK Rungus Nahaba dan SK Sinulihan adalah sekolah yang paling jauh sekali di Tuaran, Sabah.
Tak caya pi la sana.
Lawatan Ke Tongod – Penangah -Sg. Kinabatangan Saturday, 11 March 2006
Posted by gohkietrhee in Travel And Living, Work.23 comments
(Dari signage ini, drive selama 1 1/2 jam lagi untuk sampai ke pejabat daerah. Cayalah)
Daerah Tongod merupakan daerah terbesar di Sabah dengan keluasan 3550 batu persegi = 9194 km persegi (17498 km2 jika termasuk kinabatangan). Tujuan lawatan adalah untuk mengenalpasti kerosakan akibat banjir di Kinabatangan baru-baru ini. Pejabat telah menghantar seramai 5 wakil bersama-sama 3 land cruiser untuk menyertai rombongan ini.

(Jalan gravel sahaja, no R&R and no toilet. Rombongan ini turut disertai oleh YB, PWD sandakan, District Office Tongod, Forestry Dept. dan tidak ketinggalan Jpp KK)
Hari pertama 02.03.06. Perjalanan start seawal 5 pagi dari Kota Kinabalu, sampai Telupid jam 10 pagi. Minum dulu sementara menunggu YB sampai (jam 11.15 pg). Kami pigi beli makanan dulu.

(Konvoi masuk hutan dan pedalaman. Lebih kurang macam 4×4 Camel Throphy Challenge)
Jabatan bertanggungjawab dikehendaki mengenalpasti kemudahan awam yang telah rosak untuk diperbaiki.

(Tanah runtuh akibat hujan lebat. En. Amir mencadangkan agar satu flyover dibina di sini dengan segera)
Tanah runtuh akibat hujan lebat. Jalan probase yang dibina kurang dari setahun yang lalu kini jatuh ke dasar bumi akibat pembalakan berlebihan. Apakah sifat kerakusan manusia ini harus dibiarkan pihak berkuasa? Di manakah silapnya sehingga keselamatan penduduk kampung diabaikan begitu sahaja? Harap punya harap, jangan sampai meniarap. Karam Singh Walia, Buletin Utama, TV3. (hehehe, apa macam. Ada gaya karam singh ka ayat saya ni???????)

(YB sedang memeriksa tahap kerosakan jambatan balak ini)
YB Johnny Intang (ADUN N. 47 Kuamut BN – UPKO) sedang berusaha untuk memastikan rakyat kawasannya mendapat menikmati pembangunan seperti di lain-lain kawasan di Sabah.

(Sekolah ini terpaksa menerima makanan yang dihantar dengan helikopter TUDM kerana jambatan (gambar sebelum ini) yg menghubungkan kawasan ini telah runtuh dilanda banjir baru-baru ini)
Jika secara kebetulan terdapat sebuah peta Sabah atau atlas, sila lihat di tengah-tengah peta itu. Pinangah terletak betul-betul di center Sabah. Jarak perjalanan dari Telupid – Penangah mengambil masa antara 2 hingga 3 jam. (Itupun jika anda tidak sesat).
Penulis berkesempatan untuk menikmati makan malam di kantin SMK itu dan terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan para guru kerana sudi menjadi host kepada kami.

(Penulis terlupa nak bawa tuala dan sabun mandi, semalam setakat mandi kerbau je, masa mula-mula nak datang, ingatkan nak tinggal kat hotel.)
Rumah rehat Tongod yang terletak ditengah-tengah Borneo utara ini merupakan satu-satunya rumah rehat yang ada.. Jika anda bandingkan sekiranya anda berada di KL. Rumah rehat ini adalah setaraf dengan Mandarin Oriental. Hotel 4 bintang terdekat yang adalah khemah yang kena bawa sendiri.

(Penulis bersama-sama wakil dari jpp sandakan)
Gambar ini sengaja dihitam-putihkan untuk menampakkan kesan yang nostalgic sekali, sekaligus mencerminkan kehebatan saya dalam arena seni grafik tanahair dan juga untuk menimbulkan rasa syahdu kepada alam sekelilingnya.

(Penulis sedang gigih menjalankan tugas)
Hari kedua 03.03.06 di Sg. Kinabatangan. Antara kawasan yang teruk dilanda banjir.

Ahli-ahli entourage kali ini (L-R) YB Johnny (6 dr kiri), DO Tongod, wakil jpp sandakan + wakil JKM (berpelukan), wakil jpp kk, dan yang paling hensem sekali Penulis (kanan sekali)
Acara kemuncak pada hari berkenaan. Gambar beramai-ramai atas jambatan.

(Air sungai Kinabatangan ini naik hampir sehingga ke melepasi pokok ini. Warna coklat pada pokok ini menunjukkan aras air telah naik sampai sana. 9 keluarga terpaksa dipindahkan kerana air naik sehingga paras bumbung rumah mereka)
Air yang tenang jangan disangka takkan banjir. Penulis juga ada dengar khabar angin yang menyatakan kawasan sini ada "NGAP". Kawan baik dan sedara mara Bujang Senang.

Inilah keadaan selepas banjir. Kayu balak berselerak dan ternakan semua mati. Rombongan kali ini berakhir setelah semua pelusuk Tongod telah dijelajah. Kini tiba masanya untuk balik KK. Jumpa lagi di masa dan lawatan yang akan datang.